Friday, August 28, 2009

Cara penggunaan topeng mulut dan hidung (surgical mask)

Guideline for the use of surgical mask

As this kind of virus is droplet spread, the surgical mask is an essential protective barrier for this outbreak. As a result, the surgical mask became in short supply. Therefore, everyone should know the corrective way of use to create the utmost efficacy.
However, there are several questions about wearing surgical mask such as:

There are 2 sides of surgical mask and the white color side contains filter. The corrective ways of use are:

- If we have flu, the white side should attach to our face (the color side faces out) to filter the micro-organism not to spread them out to others

- If we are not ill, the white side should face out to protect micro-organism from environment to come to contact with us


Sunday, August 16, 2009

SELAMAT BERPISAH DARI PK1(ku pergi tak mungkin kembali lagi)

Saya PN MASITA HARUN akan bertukar ke SMK Serenban Jaya 2 mulai 14 Ogos 2009. Melalui kesempatan ini saya
merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SMKTTJ SEREMBAN
kerana telah memberi peluang kepada saya menjalani kehidupan penuh kebahagiaan bersama kamu semua selama kira-kira 5 tahun saya bertugas disini.
Ampun dan maaf diatas segala ketelanjuran kata dan keterlaluan cara.
Semoga kita akan dapat bersua lagi dilain ketika............Saya sayang kamu semua

terima kasih hadiah yg diberikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar

berbagai hadiah saya terima...lebih banyak dari hadiah masa saya kahwin dulu

Ini adalah bingkisan dari orang kampong (hasil kebun pelajar-pelajar Sains Pertanian)

penuh simbolik pemberian pelajar ini....

barang kemas diimpot khas dari India dan tudung dari Indonesia pun ada..
SAYA SUNGGUH TERHARU....
Ini hanya sebahagian hadiah yg dapat saya paparkan disini. sebenarnya banyak lagi. semuanya mempunyai simbolik tersendiri. dan kebanyakannya berwarna hitam dan putih....warna kegemaran saya...TERIMA KASIH

Thursday, August 6, 2009

PEMBERITAHUAN


Setelah smkttj kehilangan En Abduh dan En fadzli bulan lepas, kini
smkttj akan terpaksa melepaskan pula
PN MASITA(gpk1) dan CIK HJH SITI ASIAH(gpk koko)
yang telah dipindahkan ke sekolah lain
berkuatkuasa serta merta.

CIK SITI ASIAH akan ke SMK Dato' Haji Mohd Redza sebagai GPK HEM
dan
PN MASITA akan ke SMK Seremban Jaya 2 sebagai GPK1

*****selamat berpisah*****

(mereka akan ada di smkttj sampai hari Isnin 10 Ogos)

KASUT MISTERI


Pelajar2 tingkatan 5 terutama yg perempuan tentu kenal kasut ini.
Kasut hitam berzip tepi. Ramai yg mempunyai kenangan manis
atau sebaliknya terhadap kasut misteri ini. Bertahun-tahun cikgu pemiliknya memakai kasut kesayangannya ini. Katanya kasut ini selesa dan sesuai dengan tugasnya.

Tapi ramai juga yg heran mengapa kasut ini masih dalam keadaan elok
walau pun sudah dipakai lama..........


Jawapannya.....lihatlah gambar dibawah ini....

Cikgu tu ada beberapa pasang kasut yg serupa.....

kepada pelajar2 yg mempunyai kenangan pahit
terhadap kasut ini.....cikgu ini mohon ampun dan maaf.
Tapi percayalah segalanya berlaku kerana rasa cinta dan sayang
terhadap pelajarnya. percayalah..............

Monday, August 3, 2009

DIET RASULULLAH



JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan minum SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah.... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..


Saturday, August 1, 2009

H1N1

PERINGATAN

WABAK SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1)

Penularan wabak Influenza A kian meningkat dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu mengetahui etika ketika batuk. Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Melalui cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang lain turut dijangkiti. Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus menular.

Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak. Kemungkinan juga berlaku kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda positif kepada wabak ini. Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan, cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
www.moh.gov.my

03-88810200 / 03-88810300

mari memasak - NASI LEMAK PANDAN


Bahan-bahan
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara
  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
  • Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)
nasi lemak ini sedap dimakan panas2 bersama sambal tumis pedas dan goreng ayam.

catatan: resepi ini dimuaturun dari internet....

Wowzio Panoramic Slideshow