Friday, May 29, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Hari ini diadakan SAMBUTAN HARI GURU Peringkat sekolah 2009. Sambutan begitu meriah. Selain dari acara bacaan Teks Ucapan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia diadakan juga ucapan dari Ketua Pemimpin pelajar dan persembahan pelajar serta guru. Tak lupa acara tradisi penyampaian cenderamata dari pelajar kepada guru-guru yang dihormati. Pelajar-pelajar dan guru-guru bergembira . Berbeg-beg cikgu bawa hadiah balik.

Acara persembahan kumpulan band paling dapat sambutan. Beberapa band telah mengambil bahagian. Persembahan yang julung kali diadakan disertai oleh beberapa band. Walau pun baru 2 minggu berlatih tapi kemampuan mereka bermain dengan baik sangat dibanggakan. Terima kasih pd En Fadzli Hamid jurulatih mereka. Teruskan usaha anda . Mana tau satu hari nanti anda muncul sebagai pemain handalan.

Ramai pelajar yang teruja dengan sajak TERIMA KASIH MURID-MURID KU yang telah di deklamasikan oleh GPK1. Selama ini pelajar selalu ucapkan terima kasih kepada guru. Tapi kali ini berlainan pula.

Persembahan nyanyian guru yang diwakili oleh En Fadzli dan Pn Masita sedikit kurang jelas kerana ramai sangat pelajar yang menyanyi sama sehingga tenggelam suara cikgu. Lagu tu sedap. memang sukar bagi pelajar-pelajar untuk bertahan dari menyanyi bersama . Walau bagaimana pun......kami semua suka dan bahagia.

Terima kasih kepada yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan sambutan ini. Sekalung tahniah kepada En Yazid dan rakan-rakan dan Badan Pemimpin Pelajar.

Gambar-gambar majlis ini akan di paparkan sedikit masa lagi.

0 ulasan:

Wowzio Panoramic Slideshow